Suasana Sambutan Maulid Nabi

Last update on: 9 March 2010

Perjalanan ke perkampungan arab mengambil masa lebih kurang 30 minit. Kampung diberi nama Raudhah.  Suasana kampung yang dikelilingi tumbuhan hijau gandum dan sayur-sayuran.

Menjamu Selera
Menjamu Selera

Menjamu selera dalam keadaan gelap, bekalan elektrik terputus. Sedap sup daging dan Salatoh. Selera sungguh aku makan.

Membaca Dalail Khairat
Membaca Dalail Khairat

Selepas solat Isya’, majlis dimulakan. Diketua oleh Syeikh Wahbah. Berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Ucapan Doktor Kuliah
Dr. Muhammad Abu Salim

Ucapan yang hebat dan padat daripada Dr. Muhammad Abu Salim, Pensyarah Kuliah Syariah, Tanta.

Dr. Abdul Aziz Salam
Dr. Abdul Aziz Salam

Burdah, Qasidah dan Syair yang disampaikan amat merdu sekali. Tidak terasa walaupun hampir 4 jam mengikut alunan.

Bergambar Selepas Majlis
Bergambar Selepas Majlis

Bergambar beramai-ramai setelah selesai majlis. Kiri sekali berserban putih merupakan cucu kepada Sidi Ibrahim Dasuqi.
Aku sertakan sedikit sedutan video untuk tontonan pengunjung, semoga terhibur.

3 comments

  • Ahmad Taufiq Bin Mohamad Nasruddin

    Salam,
    Ini Ahmad Taufiq, anak saudara, tinggal di Johor.
    Pak Usu, macam mana nak buat laman web macam Pak Usu ni.

    • A

      wslm, eh.. taufiq rupanya. selamat datang. hehe..
      nantilah bila2 pak usu ajarkan eh. 😀

Leave a Reply to Ahmad Taufiq Bin Mohamad Nasruddin (Cancel Reply)

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.